Nuffnang Ads

Saturday, February 19, 2011

blogging ke, wiring?


sebagai salah satu cara bagi menjana pendapatan, pihak admin ade menyediakan perkhidmatan wiring (bhs melayunye pendawaian elektrik) rumah kediaman dan mengecat. kami memiliki 7 tenaga kerja yg berpengalaman dan memiliki 'skill' yg tinggi yg bekerja secara tetap @ sambilan.


daripada hasil pendapatan tersebut, sebyk RM 50 disumbangkan kpd akaun kelab belia persona bagi pembangunan belia kampung setiap bulan.


perkhidmatan ini dibuka kepada penduduk di sekitar daerah sabak bernam n kuala selangor. kpd yg berminat blh menghubungi admin di telefon yg tertera di profil @ meninggalkan pesanan di 'comment'. kesudian anda mendapatkan khidmat kami amat2 dihargai.


terima kasih.

Thursday, February 17, 2011

tinggi Nabi Adam

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:


Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Mereka menjawab: السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ Mereka menambahkan وَرَحْمَةُ اللَّهِ Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5075

1 hasta = 45 cm

60 hasta = 2700 cm = 27 m

tinggi tu...

Wednesday, February 16, 2011

saje nak kongsi




Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim)

*sumber daripada:

http://www.maahadsas.edu.my/home/artikel/218-pokok-gharqad-dan-tembok.html

Tuesday, February 15, 2011

kelas kompang

pemberitahuan...

kelas kompang tetap diadakan seperti biasa di:

Lokasi: Rumah Cikgu Rais
Hari: Setiap hari Jumaat mlm Sabtu
Masa: 9.00 mlm @ slps isyak
Guru Kompang: Cikgu Rais

kepada pemuda pemudi yg berminat dijemput hadir, penyertaan adalah percuma. minuman disediakan.

Cuti Maulidur Rasul

sempena cuti maulidur rasul ni, surau al-muflihun ade buat gotong royong. dah lame xde gotong royong surau ni, suasana pon dah makin suram. so AJK surau buat keputusan buat gotong royong keceriaan surau. bile? baru pg td. alhamdulillah, ade la 20 org terdiri dr veteran, wanita n pemuda. sape paling ramai? mesti la veteran. hahaha... lupe plak bwk kamera td, kalo x bleh upload gmbr.

ade skit pengumuman, Ceramah Agama sempena Maulidur Rasul di Surau Al-muflihun akan diadakan pd tarikh berikut:

Tarikh: 19/2/2011 @16 Rabiul Awal 1432H
Masa: 8.00 mlm @ slps solat maghrib
Penceramah: Us Nahrowi Marzuki

jemput2 la dtg ek, ade jamuan khas lps isyak. jgn lupe, ptgnye kite ade rewang kat surau utk jamuan mlmnye. ape menunye? ntah, dgr2 sup tulg. hehehe...